Monday 14 September 2015

Resipi: Jemput-jemput LEMBUT dan Sedap!

Assalamualaikum,

Hari ni nak berkongsi tentang resipi jemput-jemput yang disukai saya dan suami. dan kakak saya. dan adik saya, dan mak saya dan bil saya. hehe. Sebenarnye diri ni tak la berapa rajin memasaknye, tapi bila da masak sangat la semangat katenye.

Al-kisah nk tambat hati suami, kesian tgk dy keje 2 masa, siang keje, malam pulak dgn bisnes keluarga. Jadi dengan semangat berkobar2 sederas jalur gemilang, pegi carik besen kecik, dan mulakan misi #pikathatisuami dan #pikatperutsuami. Jemput-jemput ni dibuat masa minum petang. Malam pulak kami makan nasi, so ade banyak terlebih. Jadi buat la utk breakfast keesokkan hari nya. Guess what?? Jemput2 masih sedap dan lembut. cuma tak serangup masa awal2 goreng. Sebab nye tupperware tu da kene wap air mase tutup panas2. So lets check-it-out how to prepare.

Bahan-bahan Jemput-jemput LEMBUT
1. tepung gandum (whatever brand pon)
2. bawang besar - potong dadu
3. kentang - potong dadu
4. karot - potong dadu
5. garam dan secukup rasa
6. air panas - kalau measure penggunaan nye adalah 7/10
7. air room temperature 3/10

Cara-cara:
Panaskan kuali, letak minyak agak2 jemput-jemput akan tenggelam dlam 3/5 kedalamannye.
Masukkan tepung dalam besen, campur semua yang da dipotong, letak air panas dlu, pastu gaul2 guna spatula atau ape saje yang bole dicapai. Lepas tu, masukkan air biasa. Pastikan acuan tu tak telalu lembek dan tak terlalu keras. agak2 bole kaup pakai tangan dan bulat2 kan. Pastu bila minyak da panas, trus goreng la. Api kene kecikkan ye. Supaya tak hangus dan yang penting rangup.

Masa tengah goreng terus Whatsapp pada family, tetibe my lovely kakak trus cakap, 'jemput pika sedap!' he he he. Alhmdulillah ade org ingat.

Yang da siap sikit
Jemput-jemput sedang berendam
Siap! served with Milo ais dan Kuewteaw goreng. 

Wednesday 9 September 2015

Kuih AKOK: SIMPLE, Rupa buruk TAPI sedap GUNA DoublePan sahaja

Assalamualaikum,

Lama tak menulis. Sejak 2 menjak ni sangat la bz. Bukan ape, membizikan diri dengan aktiviti yang berpaedah. Sekarang ni, sy duduk dengan MIL, FIL and juga BIL yang baru berumur 11 tahun.

So sedang leka menjaga anak dan juga menabur bakti kepada orang tua, diri ni sudah lupa akan blog ni. Sebenarnye tak lupa, tapi tak menyempat nk menulis dan memikir.

So hari ni plan nk tulis ttg resipi kuih akok. Hari tu puasa 6, so tekak nak makan yang manis-manis saja. So terpikir alangkah sedap nye dapat makan kuih untuk buka puasa. So cepat2 surf internet cari resipi kuih akok yang paling mudah cepat. Dan yang paling popular adalah dari blog Azie Kitchen. MEmang popular. sehari bape la views dia dapat.

Back to our topic.
So cepat2 amik gambar (print screen) resipi dan trus laju melaju kan tangan hantar pada sang suami di office. Dan dengan muka smile kebawah, bagitau suami hari ni teringin nak makan kuih akok. So suami pon beli. Memandangkan kat umah tkde penimbang, penyukat dan sebagainye, saya just campak2 dan hentam saja la. Asal jadi, sedap dan masuk mulut.

Resipi nya:

1. Pati Santan 200ml - suami kate susah nk cari, so saya suruh beli santan kotak 200ml (tak payah da nak sukat).
2. Gula melaka 150ml - minta suami carikan kat kedai y dan hancur dan bole terus timbang (tak payah nk sukat lagi)
3. Air paip 100ml - ni guna botol susu aisya. haha
4. Daun pandan - mana nk cari kat bandar. Guna saja perasa pandan. haha
5. Tepung gandum 30g - ni pon guna sudu - 4 sudu tepung gandum
6. Telur 5biji.

Cara2.

Mula2, panaskan/masak 1, 2, 3, dan 4 iaitu santan kotak, air, gula melaka dan juga perasa pandan. Gaul2 sampai sebati dan biarkan sejuk. In other hand, basuh 5 biji telur dan blend sehingga kembang. Tekan blender dan bole siapkan pemanas. yang ni saya TAK GUNA OVEN. Saya guna DoublePan ikan. Masukkan acuan aluminium yang kecik2 dalam tu. owh JANGAN LUPA sapukan minyak dalam acuan tu - untuk mengelakkan kuih tu melekat. Jangan lupa mata tu jeling skit dekat telur tu. Bila da kembang, masukkan sikit2 tepung smpai abes. Pastu cek air gula santan tadi panas tak, kalau panas lagi, tunggu sat. Nanti termasak pulak  TELUR tadi tu. So bia betul2 sejuk, dan campur dalam blender tu. Pastu da ready, masukkan kira-kira 3/4 daripada ketinggian bekas acuan yang diletakkan dalam DoublePan ikan tadi tu. bia dalam 5min saje, atau 7minit. Bila double pan ni, betul2 panas, so sekejap je. Berbanding kalau kita bakar dalam oven, it takes about 20min with 170'C. lama kan. So bila puasa tau2 la tkle nak menunggu. Guna saje Doublepan tu.

Tips: bila guna doublepan ikan kita panaskan kejap je. masak pon sekejap. Double pan ni kalau panas, mengalahkan oven. So memang sangat kejap kalau masak. tak sempat nak melayan aisya. atau at least basuh barang2 kuih td.

 photo KGrHqRlwFI3ynejsKBSQr1IbGVg60_12_zps7925e347.jpg
Ni la Aluminium foil y dugunakan. Beli dekat DIY, dalam rm2.30 dapat 24 keping. 
Beli yang ni sebab kalau beli yang acuan betul tu, oven tak muat. pan ni lagi la tak muat. So beli je yang aluminium ni. 

Ni la double pan tu yang saya guna -Ikhsan Gugel
Ini adalah hasilnye. :
Rupa memang la tak menarik, tapi rasa nyeeee... alahaiiii. kedut2 tu yang sedap :)
Kuih Akok

Itu sahaja utk Kuih akok kita ye. Selamat Mencuba, :)

Monday 31 August 2015

Tips: Mengelakkan KERAK di puting botol susu anak

Assalamualaikum,

Selamat pagi atau so called as tengahari. Welcome November. May Allah bless us this month.

Hari ni nak kongsi macam mana nak elakkan kerak susu pada puting di botol susu anak.

Aisya start menggunakan botol dari hari kedua ada kat dunia ni. masa tu, susu badan tak keluar, aisya plak asik nangis kelaparan. Suami masa tu kesian kat isteri dy sebab sedaya upaya nak bagi aisya susu, tapi masih tak berjaya, suami juga kesian kan aisya sbb menangis saje nak susu. Last2, bila mama (my own mother) da tak tahan, dy minta suami beli la susu tepung pek kecik je, sementara saya berusaha produce milk. (menangisssss).. Allah saje yang tahu perasaan masa tu. :( :( :(

back to our topic.

So aisya guna botol da. Bila susu da diperah, dan dah dipanaskan, dan saya ke UTM, mama akan gunakan botol utk feed susu pada aisya, dan basuh menggunakan berus (macam biasa la). tapi dalam masa 3 bulan penggunaan, hampir setiap bulan kami tukar. Aisya guna  botol brand Tomee Tipee. Puting nye sangat la bagus dan hampir menyerupai sang ibu punya. Jadi nk tukar lain pon tak payah la. So keje nye selama 3-4 bulan tukar puting. tau2 je la rege puting tu, mahai. :( (menangis)T_T

Kerak pada puting botol -ekhsan gugel-

Bermacam-macam kaedah da guna. Rebus, (sink in a hot water, not boiled it). Pastu siap beli dish washer Shaklee lagi. tapi semua nye tak jalan. kerak masih la sangat degil smpai bila basuh guna berus botol, jadi bocor dan aisya minum sampai tersedak. Saya sampai beli, dan hari2 basuh guna tu, still DEGIL nye kerak ni.

At last, kami guna kaedah 'rendaman selepas basuh'. Kami akan sediakan satu cawan kecik untuk kami letak (sink) puting botol. Macam biasa, basuh guna berus botol bersama baby bottle washer (apa ntah ni), liquid sabun botol tu la. Basuh sampai bersih dan bau wangi, kemudian cabut puting dari botol tu, dan rendam dalam air. SETIAP KALI SELEPAS BASUH tau. dan sehingga hr ni kami tak pernah lagi membeli puting baru untuk aisya. Alhamdulillah. BERHASIL. Sekarang aisya dah 10 bulan. tk payah da nak beli dishwaswer tu. Kaedah secara alami (senyum) . Save duit ummi. :)

Mungkin teknik rendaman tu membuatkan kerak tak sempat nak berkerak. Alhamdulillah

Cuba la. :)

Monday 24 August 2015

Pampers Murah: Popodry dan Bosomi

Assalamualaikum,

Hari ni nak berkongsi pemakaian pampers murah. Al-kisah, saya dan suami sangat terasa dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk sekarang. Memandangkan suami seorang saje bekerja, dan saya menjadi super mommy di rumah, sy perlu merancang perbelanjaan keluarga. tapi setiap bulan failed. sebab akan over budget. uhuhuh. Alhamdulillah suami kini ade buat side income format latop, dapat menampung perbelajaan bulanan kami. Walaupun tidak sesenang orang lain, tapi cukup bagi kami dan kami bersyukur.

Back  to our topic. Pampers. Aisya masa lahir pakai Huggies Dry  (color hijau), dapat beli 1 kotak besar. cukup la untuk sebulan lebih. Lepas tu start guna drypers. dan kadang kala kalau mommy poko murah, memang sambar mommy poko satu pek. tapi lama-lama kami tersedar, walau mahal mane pon pampes aisya, at the end masuk dalam tong sesampah. Memandangkan aisya tidak mengalami masalah kulit yang sensitip, saya membuat cadangan untuk memilih jenama yang lain yang harga nye lebih murah.

Dan bermula la pencarian di gugel. kebanyakkan orang memberi cadangan untuk memilih jenama Bosomi, Kata nye setanding jenama mommy poko. Dan saya kenal ade seorang ni nama nya kak reen. Dia jual banyak pempes y murah2 dan quality setanding pampes yang bagus2 skang ni, Antara nya Popodry,  Dryfirst, Bosomi, Patapon dan banyak lagi. Sebenarnya pampes ni adalah untuk produk ke Korea, tapi yang mana reject (terlebih tape, tersenget tape) tu semua akan dijual.

Jadi dengan pantas dan efisen terus contact k.reen dan buat temu janji untuk mendapat pampes tersebut. mase perjumpaan dengan k.reen, dia ade beri kita suggestion, mane y bagus, yang best dan yang paling penting ikut budget. pada saya, harusla saya nak murah. Saya pilih untuk mencuba popodry (magic tape). dan Alhamdulillah aisya sangat sesuai menggunakan popodry.

* yang ni jenama bosomi

- Saya belum penah try bosomi. sebab harga nya agak mahal berbanding popodry. tapi bila ada yang murah dan sesuai dengan anak kita, kenapa pilih yang mahal. saya kongsikan beberapa testimoni penggunaan bosomi.


 
* testimoni penggunaan bosomi dari kawan-kawan.



* yang ini adalah popodry
- Apa yang saya dapat kongsikan dengan penggunaan pampes ini adalah:
1. Tidak bocor
2. Kemas
3. Selesa tengok anak pakai
4. Tebal
5. Kekal kering walaupun dah lebih 5/6 jam. (sebab tu aisya takde timbul ruam).

- so bila suami sangat gembira, sayan pon gatal tangan cari brand lain y mungkin baik dan yang penting murah. hehehe

- antara jenama lain yang dijual. tapi saya tak try lagi. hehe








- Bosomi saya belum try. insyaallah bila ada budget yang banyak sikit :)

Okay tu saje untuk malam ini. Saya terpikir untuk berkongsi resipi kuih akok. Tungu ye, :)

Sunday 23 August 2015

Makanan bayi: Berasaskan KURMA

Assalamualaikum, Selamat pagi.

Hari ni nak berongsi tentang makanan bayi berasaskan KURMA.


*ekhsan gugel

Seperti semua tahu, khasiat kurma punya la banyak dari sekecil2 anak, sehingga sebesar2 orang. Allah. Apa yang nabi suka tu la yang kita patut amal kan. Antara kebaikan kurma untuk bayi adalah:
1. Sebagai sumber tenaga yang utama.
- Bia la anak kita aktif dari anak kita pasif dduk saje dan menonton tv. Bila ade kurma dalam pemakanan harian anak kita, insya allah anak kita akn kekal aktif dan juga bertenaga. Tak perlu untuk susu mahal yang promote - supaya anak kita sentiasa bertenaga setiap hari. dduhh.
2. Sumber Kalsium.
- bila anak kita makan kurma, akan membantu pertumbesaran tulang dan gigi. Tulang akan kuat dan gigi juga kuat. malah sihat. jauh dari kaviti yang merosakan gigi anak kita. mari amalkan pemakanan manisan kurma untuk anak dari kecil lagi,
3. Pencernaan yang baik.
- Memang makan kurma akan membuatkan bayi anda senang membuang. Aisya pernah demam untuk 1st time nye mase raya hr tu. mase tu aisya da nk 8 bulan. mungkin akibat ramai tangan yang nk mendokong aisya, jadi aisya mungkin demam urat. (agakye la). So mcm biasa kalau demam, selera makan aisya menurun, susu tak mahu, ape pon tak mahu, duduk melepek saje. bila time buang air besar, dy akan menangis semahu2 nya, mcm kene pukul kalau org tak tau. so bila dicek, rupanye aisya sembelit. start dr tu kami menambahkan apa saje makanan aisya dengan kurma. apa saja.
Subhanallah aisya semakin baik, pencernaan semakin baik wpun aisya kurang makan dan minum, (at least ade tenaga y dibekalkan dari kurma). dan Alhamdulillah, tak lama aisya demam, hanya 3/4hari. batuk pon semakin berkurang.

Untuk permulaan, kita kene sediakan puree KURMA, mcm jem pon bole.
Cara nya adalah:
- Rendam- Ambil 9-10 biji kurma (kalau bole yang gelap dan tidak terlalu lembut tu), basuh sikit, rendam dengan air panas dalam 1jam. sementara rendam tu, bole la buat apa saje.
- Asingkan - Kemudian, bila kurma kita da mengembang, bole la diasingkan antara kulit dan juga biji. Biji harusla kene buang kan. kulit tu sebenarnye bole ke kalau nak, tapi kalau jenis nk buat smooth puree, bole la buang.
- Lenyek - Kemudian, ambil garpu dan tenyeh2 sehingga lumat. dan masukkan dalam bekas putih ksong. simpan dalam peti es.

PUFFFF! jadilah puree kurma,

so bila turn nk masak makanan aisya. spt, bubur nasi, lobak puree, ape saje la. mesti akan di tambahkan dengan puree kurma. harus. bila skng ni, perkara tu da jadi wajib pula. dan aisya suka rasa manis2 dari kurma tu.
itu juga untu gantian gula dalam makanan aisya. kalau pagi2, amik roti gardinia, buang tepi, rendam dalam air panas, hancurkan, dan tambah puree kurma, pastiiiiii habes. mak nye pula ambil roti dan sapu jem kurma.

sesungguhnya kurma ni banyak sangat khasiat. mari kita amalkan sunah nabi. insya allah. nabi suka, allah pon suka. Ibu pon hati gembira. :)

Resipi: Kacang Goreng Rangup a.k.a Kacang Rock

Assalamualaikum, lama menyepi.

Tahun ni raya di Johor Bahru. Memandangkan tahun ni raya kedua as a wife dan juga raya pertama sebagai ibu, jadi cita-cita tinggi nak buat kuih (konon nya). Selain tu jga nk save budget. Banyak budget da dibawa untuk pindah ke rumah baru.
.
So tahun ni cita cita tinggi ni buat kuih. Plan nk buat cornflakes madu, tapi mase jalan-jalan di Myden, cornflakes tengah mahal. So kene lupakan harapan tu. Tetibe mill call, dan bagi resipi ttg kacang rock ni. Sangat la mudah. Masa tu just tru call saje, Tak sempat nak salin. Ingat2 dalam kepala. So masa kat Mydin, ckp dengan suami, nk buat kacang rock, dan suami setuju. terus lincah cari bahan.

Bahan-bahan kacang rock untuk 1 kg.
1. Kacang tanah 1kg
2. Serbuk kari peket kecik - guna 2 paket *
3. Serbuk lada - sikit je sebab nk rasa pedas2 *
4. Bawang merah 7biji- blend kering *
5. Garam*
6. Telur grade A 3biji (kalau grade B, ambil 4 biji) *
7. Daun kari
8. Tepung gandum + tepung ubi (tepung ubi ni optional saje, just nk rasa rangup2 saje)
\
Tepung gandum + ubi, serbuk kari + serbuk lada dan bawang merah diblend kering

Telur 3 biji

Kacang tanah 1kg

Cara-cara nye:
- Kacang tanah hendaklah di basuh bersih dan ditoskan sehingga kering.
- Kemudian blend kan TELUR + BAWANG MERAH + SERBUK KARI + Garam 

- Kemudian campurkan dengan kacang tanah tersebut. MIL cakap kene bagi perap selama 6-12 jam. tapi akibat kemalasan menunggu, tak pon perap. tapi kalau perap, pasti lebih sedap dan meresap ke dalam kacang tu. 


- Gaul sebati guna spatula.


- Kemudian, salut dengan tepung. Buat cara mcm ni, so setiap kacang akan tersalut cantik je dengan tepung. 


- Dan GORENG. Masa goreng tu jangan lupa masukkan daun kari.  Gambar kat bawah ni adalah kacang rock yang hangus, hahaha. sebab nye bersilat dengan Aisya kat dapur. mase kita nk greng la, dy nk main tupperware, main senduk. haih la anak. 
.

Ini adalah hasil nye. taddaaaa!! makan saje tengok tv pon sedap. sambil layan movie. :)


Sekian, itu sahaja, Nanti saya akan kongsi lagi resipi. 

Saturday 1 August 2015

Tips Perbanyakkan Susu Ibu - KURMA

Assalamualaikum.

hari ni nak cerita tentang tips memperbanyakkan susu ibu untuk bayi kita.
Saya telah melahirkan seorang bayi perempuan pada disember tahun lalu. ini adalah anak pertama saya dan juga pengalaman pertama saya.

Ketika saya baru kelur dari wad bersalin, nurse di Hospital Sultanah Aminah telah menyuruh saya untuk cuba beri susu pertama (kuning) kepada #asiyahaffiya (anak saya yang baru lahir). Aisya asik menagis dan waktu malam menganggu baby-baby lain di sebelah katil. Percubaan saya -FAILED.

Kemudian, saya pulang ke rumah, dan cuba juga menyusukan #aisyahaffiya, tapi tak berjaya. Aisya seperti tak mau direct bf. Masa tu, semakin bgkak dan tidak tahan sakitnya. hari ke2, mama telah memaggil seorng tukang urut dan alhmdulillah, saya dapat keluarkan susu dan pump saje. Memandangkan #aisyahaffiya tak mahu direct fb, sy terpaksa pump dan terus mengepam. Tapi hasilnya sangat tidak memberansangkan dan amat menyedihkan.

Kerana mengenangkan nasib #aisyahaffiya, saya tetap pump, dan buat #powerpumping. tapi hasilnya juga kurang. Jadi, mak mertua saya mencadangkan agar saya lebih makan LIMAU SUNQUIT. Alhamdulillah, ia nya bertambah, tapi masih tidak dapat membantu penyusuan secara penuh. Kemudian mama saya sentiasa beri makan TIMUN AIR yang dimasak untuk menu dalam pantang. dan Alhmdulillah, banyak sehingga tembus di kain batik, bra dan juga baju. tapi apabila saya pump, ia nya tidak banyak. Jadi saya cuba suakan #aisyahaffiya untuk direct fb, berjaya. Tapi tidak smpai 5 minit. #aisyahaffiya tertido. Disebabkan saya terlalu banyak lakukan pump, B semakin sakit dan luka. 3x daranh bercampur susu keluar. dan hmpir 4oz. Oleh kerana takut akan kesihatan #aisyahaffiya, susu tersebut terpaksa dibuang. Disebabkan #aisyahaffiya menolak utk direct fb, dan B luka, B semakin membgkak sehingga saya bentan. Dan suami nasihat untuk berhenti dalam pengambilan TIMUN AIR dan lakukan spt biasa.

Baru-baru ini, saya ada berjumpa seorang kawan dan ia CINA. masa tu tengah tunggu turn untuk #aisyahaffiya dipanggil dalam klinik. Orang nya kecik dan kurus, anak nye lelaki dan berusia 11 bulan. Bila ditanya, beliau mengatakan beliau masih lagi FULL bf anak lelaki beliau. Dan yang paling penting nak cakap rahsia utama beliau adalah pengambilan KURMA. Beliau juga ada cerita yang beliau ambil REd tea (amalan cina) untuk memperbanykkan susu, tapi effect kpd anak lelaki nya dan tidak selamat untuk kulit nya. oleh yang sedemikian, KURMA menjadi stok penting nya dalam rumah. khusus untuk enrich the milk.

Allah. bila saya cerita kpd suami, suami kata, org cina pon percaya pada KURMA, iaitu manisan yang RASULLULLAH sarankan kpd kita. tapi kenapa kita bangsa MELAYU khususnya ISLAM ssh nak ikut sunah baginda. saya juga amat kesal sbb tak amalkan kurma masa br melahirkan (sbb ssh kot nk cari kurma mase tu, bukan musim raya). Kurma ternyata memberi tenaga optimum. Bukan sahaja memperbanyakkan susu, malah MEMPEKAYA quality susu ibu. Susu ibu memang la teramat bagus, tapi bila menggunakan KURMA. Alangkah bagus dan bertuah ANAK kita.

Sekarang juga saya sedang ajar #aisyahaffiya untuk makan kurma. (alhmdulillah, #aisyahaffiya suka dan melawaskan perut #aisyahaffiya.)

Alhamdulillah

p/s: kat umah juga ade jem kurma homemade untuk ditambah dlm mknn #aisyahaffiya.

Sambung lagi nanti.~