Hari ni nak berongsi tentang makanan bayi berasaskan KURMA.
*ekhsan gugel
Seperti semua tahu, khasiat kurma punya la banyak dari sekecil2 anak, sehingga sebesar2 orang. Allah. Apa yang nabi suka tu la yang kita patut amal kan. Antara kebaikan kurma untuk bayi adalah:
1. Sebagai sumber tenaga yang utama.
- Bia la anak kita aktif dari anak kita pasif dduk saje dan menonton tv. Bila ade kurma dalam pemakanan harian anak kita, insya allah anak kita akn kekal aktif dan juga bertenaga. Tak perlu untuk susu mahal yang promote - supaya anak kita sentiasa bertenaga setiap hari. dduhh.
2. Sumber Kalsium.
- bila anak kita makan kurma, akan membantu pertumbesaran tulang dan gigi. Tulang akan kuat dan gigi juga kuat. malah sihat. jauh dari kaviti yang merosakan gigi anak kita. mari amalkan pemakanan manisan kurma untuk anak dari kecil lagi,
3. Pencernaan yang baik.
- Memang makan kurma akan membuatkan bayi anda senang membuang. Aisya pernah demam untuk 1st time nye mase raya hr tu. mase tu aisya da nk 8 bulan. mungkin akibat ramai tangan yang nk mendokong aisya, jadi aisya mungkin demam urat. (agakye la). So mcm biasa kalau demam, selera makan aisya menurun, susu tak mahu, ape pon tak mahu, duduk melepek saje. bila time buang air besar, dy akan menangis semahu2 nya, mcm kene pukul kalau org tak tau. so bila dicek, rupanye aisya sembelit. start dr tu kami menambahkan apa saje makanan aisya dengan kurma. apa saja.
Subhanallah aisya semakin baik, pencernaan semakin baik wpun aisya kurang makan dan minum, (at least ade tenaga y dibekalkan dari kurma). dan Alhamdulillah, tak lama aisya demam, hanya 3/4hari. batuk pon semakin berkurang.
Untuk permulaan, kita kene sediakan puree KURMA, mcm jem pon bole.
Cara nya adalah:
- Rendam- Ambil 9-10 biji kurma (kalau bole yang gelap dan tidak terlalu lembut tu), basuh sikit, rendam dengan air panas dalam 1jam. sementara rendam tu, bole la buat apa saje.
- Asingkan - Kemudian, bila kurma kita da mengembang, bole la diasingkan antara kulit dan juga biji. Biji harusla kene buang kan. kulit tu sebenarnye bole ke kalau nak, tapi kalau jenis nk buat smooth puree, bole la buang.
- Lenyek - Kemudian, ambil garpu dan tenyeh2 sehingga lumat. dan masukkan dalam bekas putih ksong. simpan dalam peti es.
PUFFFF! jadilah puree kurma,
so bila turn nk masak makanan aisya. spt, bubur nasi, lobak puree, ape saje la. mesti akan di tambahkan dengan puree kurma. harus. bila skng ni, perkara tu da jadi wajib pula. dan aisya suka rasa manis2 dari kurma tu.
itu juga untu gantian gula dalam makanan aisya. kalau pagi2, amik roti gardinia, buang tepi, rendam dalam air panas, hancurkan, dan tambah puree kurma, pastiiiiii habes. mak nye pula ambil roti dan sapu jem kurma.
sesungguhnya kurma ni banyak sangat khasiat. mari kita amalkan sunah nabi. insya allah. nabi suka, allah pon suka. Ibu pon hati gembira. :)
No comments:
Post a Comment