Sunday 23 August 2015

Resipi: Kacang Goreng Rangup a.k.a Kacang Rock

Assalamualaikum, lama menyepi.

Tahun ni raya di Johor Bahru. Memandangkan tahun ni raya kedua as a wife dan juga raya pertama sebagai ibu, jadi cita-cita tinggi nak buat kuih (konon nya). Selain tu jga nk save budget. Banyak budget da dibawa untuk pindah ke rumah baru.
.
So tahun ni cita cita tinggi ni buat kuih. Plan nk buat cornflakes madu, tapi mase jalan-jalan di Myden, cornflakes tengah mahal. So kene lupakan harapan tu. Tetibe mill call, dan bagi resipi ttg kacang rock ni. Sangat la mudah. Masa tu just tru call saje, Tak sempat nak salin. Ingat2 dalam kepala. So masa kat Mydin, ckp dengan suami, nk buat kacang rock, dan suami setuju. terus lincah cari bahan.

Bahan-bahan kacang rock untuk 1 kg.
1. Kacang tanah 1kg
2. Serbuk kari peket kecik - guna 2 paket *
3. Serbuk lada - sikit je sebab nk rasa pedas2 *
4. Bawang merah 7biji- blend kering *
5. Garam*
6. Telur grade A 3biji (kalau grade B, ambil 4 biji) *
7. Daun kari
8. Tepung gandum + tepung ubi (tepung ubi ni optional saje, just nk rasa rangup2 saje)
\
Tepung gandum + ubi, serbuk kari + serbuk lada dan bawang merah diblend kering

Telur 3 biji

Kacang tanah 1kg

Cara-cara nye:
- Kacang tanah hendaklah di basuh bersih dan ditoskan sehingga kering.
- Kemudian blend kan TELUR + BAWANG MERAH + SERBUK KARI + Garam 

- Kemudian campurkan dengan kacang tanah tersebut. MIL cakap kene bagi perap selama 6-12 jam. tapi akibat kemalasan menunggu, tak pon perap. tapi kalau perap, pasti lebih sedap dan meresap ke dalam kacang tu. 


- Gaul sebati guna spatula.


- Kemudian, salut dengan tepung. Buat cara mcm ni, so setiap kacang akan tersalut cantik je dengan tepung. 


- Dan GORENG. Masa goreng tu jangan lupa masukkan daun kari.  Gambar kat bawah ni adalah kacang rock yang hangus, hahaha. sebab nye bersilat dengan Aisya kat dapur. mase kita nk greng la, dy nk main tupperware, main senduk. haih la anak. 
.

Ini adalah hasil nye. taddaaaa!! makan saje tengok tv pon sedap. sambil layan movie. :)


Sekian, itu sahaja, Nanti saya akan kongsi lagi resipi. 

1 comment:

  1. Slot Machines Live at LuckyClub Casino
    Lucky Club Casino is an all-new online casino that's available in Colorado. And luckyclub it's not a flop. It's an excellent option for those who like casino games.

    ReplyDelete