Assalamualaikum.
hari ni nak cerita tentang tips memperbanyakkan susu ibu untuk bayi kita.
Saya telah melahirkan seorang bayi perempuan pada disember tahun lalu. ini adalah anak pertama saya dan juga pengalaman pertama saya.
Ketika saya baru kelur dari wad bersalin, nurse di Hospital Sultanah Aminah telah menyuruh saya untuk cuba beri susu pertama (kuning) kepada #asiyahaffiya (anak saya yang baru lahir). Aisya asik menagis dan waktu malam menganggu baby-baby lain di sebelah katil. Percubaan saya -FAILED.
Kemudian, saya pulang ke rumah, dan cuba juga menyusukan #aisyahaffiya, tapi tak berjaya. Aisya seperti tak mau direct bf. Masa tu, semakin bgkak dan tidak tahan sakitnya. hari ke2, mama telah memaggil seorng tukang urut dan alhmdulillah, saya dapat keluarkan susu dan pump saje. Memandangkan #aisyahaffiya tak mahu direct fb, sy terpaksa pump dan terus mengepam. Tapi hasilnya sangat tidak memberansangkan dan amat menyedihkan.
Kerana mengenangkan nasib #aisyahaffiya, saya tetap pump, dan buat #powerpumping. tapi hasilnya juga kurang. Jadi, mak mertua saya mencadangkan agar saya lebih makan LIMAU SUNQUIT. Alhamdulillah, ia nya bertambah, tapi masih tidak dapat membantu penyusuan secara penuh. Kemudian mama saya sentiasa beri makan TIMUN AIR yang dimasak untuk menu dalam pantang. dan Alhmdulillah, banyak sehingga tembus di kain batik, bra dan juga baju. tapi apabila saya pump, ia nya tidak banyak. Jadi saya cuba suakan #aisyahaffiya untuk direct fb, berjaya. Tapi tidak smpai 5 minit. #aisyahaffiya tertido. Disebabkan saya terlalu banyak lakukan pump, B semakin sakit dan luka. 3x daranh bercampur susu keluar. dan hmpir 4oz. Oleh kerana takut akan kesihatan #aisyahaffiya, susu tersebut terpaksa dibuang. Disebabkan #aisyahaffiya menolak utk direct fb, dan B luka, B semakin membgkak sehingga saya bentan. Dan suami nasihat untuk berhenti dalam pengambilan TIMUN AIR dan lakukan spt biasa.
Baru-baru ini, saya ada berjumpa seorang kawan dan ia CINA. masa tu tengah tunggu turn untuk #aisyahaffiya dipanggil dalam klinik. Orang nya kecik dan kurus, anak nye lelaki dan berusia 11 bulan. Bila ditanya, beliau mengatakan beliau masih lagi FULL bf anak lelaki beliau. Dan yang paling penting nak cakap rahsia utama beliau adalah pengambilan KURMA. Beliau juga ada cerita yang beliau ambil REd tea (amalan cina) untuk memperbanykkan susu, tapi effect kpd anak lelaki nya dan tidak selamat untuk kulit nya. oleh yang sedemikian, KURMA menjadi stok penting nya dalam rumah. khusus untuk enrich the milk.
Allah. bila saya cerita kpd suami, suami kata, org cina pon percaya pada KURMA, iaitu manisan yang RASULLULLAH sarankan kpd kita. tapi kenapa kita bangsa MELAYU khususnya ISLAM ssh nak ikut sunah baginda. saya juga amat kesal sbb tak amalkan kurma masa br melahirkan (sbb ssh kot nk cari kurma mase tu, bukan musim raya). Kurma ternyata memberi tenaga optimum. Bukan sahaja memperbanyakkan susu, malah MEMPEKAYA quality susu ibu. Susu ibu memang la teramat bagus, tapi bila menggunakan KURMA. Alangkah bagus dan bertuah ANAK kita.
Sekarang juga saya sedang ajar #aisyahaffiya untuk makan kurma. (alhmdulillah, #aisyahaffiya suka dan melawaskan perut #aisyahaffiya.)
Alhamdulillah
p/s: kat umah juga ade jem kurma homemade untuk ditambah dlm mknn #aisyahaffiya.
Sambung lagi nanti.~
No comments:
Post a Comment