Wednesday 9 September 2015

Kuih AKOK: SIMPLE, Rupa buruk TAPI sedap GUNA DoublePan sahaja

Assalamualaikum,

Lama tak menulis. Sejak 2 menjak ni sangat la bz. Bukan ape, membizikan diri dengan aktiviti yang berpaedah. Sekarang ni, sy duduk dengan MIL, FIL and juga BIL yang baru berumur 11 tahun.

So sedang leka menjaga anak dan juga menabur bakti kepada orang tua, diri ni sudah lupa akan blog ni. Sebenarnye tak lupa, tapi tak menyempat nk menulis dan memikir.

So hari ni plan nk tulis ttg resipi kuih akok. Hari tu puasa 6, so tekak nak makan yang manis-manis saja. So terpikir alangkah sedap nye dapat makan kuih untuk buka puasa. So cepat2 surf internet cari resipi kuih akok yang paling mudah cepat. Dan yang paling popular adalah dari blog Azie Kitchen. MEmang popular. sehari bape la views dia dapat.

Back to our topic.
So cepat2 amik gambar (print screen) resipi dan trus laju melaju kan tangan hantar pada sang suami di office. Dan dengan muka smile kebawah, bagitau suami hari ni teringin nak makan kuih akok. So suami pon beli. Memandangkan kat umah tkde penimbang, penyukat dan sebagainye, saya just campak2 dan hentam saja la. Asal jadi, sedap dan masuk mulut.

Resipi nya:

1. Pati Santan 200ml - suami kate susah nk cari, so saya suruh beli santan kotak 200ml (tak payah da nak sukat).
2. Gula melaka 150ml - minta suami carikan kat kedai y dan hancur dan bole terus timbang (tak payah nk sukat lagi)
3. Air paip 100ml - ni guna botol susu aisya. haha
4. Daun pandan - mana nk cari kat bandar. Guna saja perasa pandan. haha
5. Tepung gandum 30g - ni pon guna sudu - 4 sudu tepung gandum
6. Telur 5biji.

Cara2.

Mula2, panaskan/masak 1, 2, 3, dan 4 iaitu santan kotak, air, gula melaka dan juga perasa pandan. Gaul2 sampai sebati dan biarkan sejuk. In other hand, basuh 5 biji telur dan blend sehingga kembang. Tekan blender dan bole siapkan pemanas. yang ni saya TAK GUNA OVEN. Saya guna DoublePan ikan. Masukkan acuan aluminium yang kecik2 dalam tu. owh JANGAN LUPA sapukan minyak dalam acuan tu - untuk mengelakkan kuih tu melekat. Jangan lupa mata tu jeling skit dekat telur tu. Bila da kembang, masukkan sikit2 tepung smpai abes. Pastu cek air gula santan tadi panas tak, kalau panas lagi, tunggu sat. Nanti termasak pulak  TELUR tadi tu. So bia betul2 sejuk, dan campur dalam blender tu. Pastu da ready, masukkan kira-kira 3/4 daripada ketinggian bekas acuan yang diletakkan dalam DoublePan ikan tadi tu. bia dalam 5min saje, atau 7minit. Bila double pan ni, betul2 panas, so sekejap je. Berbanding kalau kita bakar dalam oven, it takes about 20min with 170'C. lama kan. So bila puasa tau2 la tkle nak menunggu. Guna saje Doublepan tu.

Tips: bila guna doublepan ikan kita panaskan kejap je. masak pon sekejap. Double pan ni kalau panas, mengalahkan oven. So memang sangat kejap kalau masak. tak sempat nak melayan aisya. atau at least basuh barang2 kuih td.

 photo KGrHqRlwFI3ynejsKBSQr1IbGVg60_12_zps7925e347.jpg
Ni la Aluminium foil y dugunakan. Beli dekat DIY, dalam rm2.30 dapat 24 keping. 
Beli yang ni sebab kalau beli yang acuan betul tu, oven tak muat. pan ni lagi la tak muat. So beli je yang aluminium ni. 

Ni la double pan tu yang saya guna -Ikhsan Gugel
Ini adalah hasilnye. :
Rupa memang la tak menarik, tapi rasa nyeeee... alahaiiii. kedut2 tu yang sedap :)
Kuih Akok

Itu sahaja utk Kuih akok kita ye. Selamat Mencuba, :)

1 comment:

  1. Online Casinos - The Emperor Casino
    Play online casino games. งานออนไลน์ Win real money. No sign-up or 제왕카지노 download required. Play slots for free, read our kadangpintar trusted reviews and get a 150% bonus up

    ReplyDelete